Follow Dashboard
TCS '12
Wednesday, 5 December 2012 | 23:49 | 0 comments

Hye dan Assalamualaikum semua. Harini aku nak cerita pasal sekolah aku, kawan-kawan aku. Aku rindu kawan-kawan aku. Aku rindu 6 Orkid. Rindu nak duduk dalam kelas pastu dengar Up All Night sama-sama. Rindu nak gaduh dengan kawan lagi. Rindu nak buat kecoh, nak main main dalam kelas lepas UPSR. Banyak lagi. Banyak kenangan indah dekat 6 Orkid ni. 6 Orkid ni ramai Directioners tau hehehe. Tahun depan aku tktau aku dekat mana. ehh sedihh. kalau aku masuk TCS, aku ada ramai kawan. Kalau asrama, entah laa. Semua yg aku tk kenal. Teringat pulak dekat Aleeya dgn Darwini yang selalu bersama. Hahahaa selalu buat lawak kan. Leong dengan Zulaikha tak habis dengan OneDirection. Alleya dengan karenah nya yang comel comel. Haa kan aku cakap kawan aku semua comel termasuk aku. Hehehehe. Rasanya ramai lagi kot yang masuk asrama tahun depan. Darwini, Aleeya. Hmm. Betul aku cakap. Aku rindu deorang. Selalu buat lawak tauuu. Kadang-kadang gelak nak pecah perut pun ada. Selalu stayback pastu lepak dekat pondok. Adalah sekali tu kiteorang {Aleeya, Leong, Zulaikha, Alleya termasuk aku} lepak dekat surau sebab taknak join apabendatah. Kalau Alwany ni susah sikit nak cerita, sebab dia ni kawan aku dari tadika sampai sekarang. Haaa cuba bayangkan. Lama tak lama tak? Hehehe. Lepas UPSR kan, kiteorang selalu main main dalam kelas. Kalau dah boring sangat pun, pergi merayauuu. Tulah yg aku selalu ikut Alwany kalau dia nak kemana mana. Sebab boring sangat dalam kelas tuu. Yang paling best tu, masa last day of school. Tapi yang tk best tu Leong takde. Family matters lah kan. Masa Jumaat tu kan, aku ingat lagi. Darwini, Alleya, dgn Aleeya naik atas aku. Haa yang paling berat tu Darwini lah kan. Nampak jee kurus tapi, Fuh! Berat gilaa. Yang paling tkboleh blaa sekali tu masa dia naik atas Alleya. Ish ish darwini oi. Alleya cakap kan, Darwini ni berat dotdot KG tapi macam gajah! Hahahahaha lawak tauu. Aleeya pulak tak habis dengan 'Abang Goyang' dia. Kalau aku lalu je. 'Hye Abang Goyang.' Abang Goyang palaaa dia. Semua orang pun dia cakap Abang Goyang. Masa minggu terakhir tu, aku rasa macam boring sikit sebab Alleya, Aleeya, Darwini dengan Leong pergi berlatih untuk drama masa Hari Anugerah. Tapi Leong kejap je lah kan. Family matters :p Masa minggu terakhir tu pun aku, Zulaikha dengan Leong ada lahh keluar masuk keluar masuk kelas sebab nak jumpa Alleya, Aleeya, dengan Darwini. Yelah kan sebab dekat dalam kelas tu boring kalau kawan-kawan aku takde. Kadang kadang aku pergi jugak merayau kelas lain. Tah nape tetibe jee. Eh bukan kadang kadang lah tapi selalu. Selalu buat benda tu semuaaa. Pastu ada sehari tu kan, Darwini dengan kiteorang semua make-up lah sorang budak ni, nama dia Qamarina. Tu pun sebelum masuk makmal sains. Pastu bila nak basuh muka tu kan, dia jalan sambil tutup tutup muka. Hahaha yang tu lawakkkkk. Pastu bila nak basuh tu, benda tu dah macam taknak hilang. Semua dok gelabah ambil sabun lah apa lah deorang kebas semua benda yang ada dekat tandas tu. Hahaha kang nak masuk makmal sains dengan muka macam tu malu lah pulak kan. Kesian Qamarina :p Tapi best, sekolah aku best. Kawan kawan aku semua best. Aku ada kawan untuk gaduh manja, untuk gelak gelak, untuk cerita pasal 1D, untuk gossip. Semua ada. Baik kan semua kawan aku? Jangan jealous tau. Haa apa lagi ehh. Haa ni ada lah masa haritu kan, masa nak main Bola Baling. Sebelum tu, kiteorang layan 1D duluuu. One Direction Funny Moments. Louis lawak k lawak. Hahaha. Kiteorang lepak lepak layan 1D dekat pondok. Tengok 1D Funny Moments pun sorok sorok lah kan karang kantoiii plak. Lepas dah tengok tu, dah pukul 3. Terus pergi padang tapi masa tu takde orang lagi. Kiteorang punya main main main. Yang paling lawak tu yang Darwini dengan Aleeya hahaahah. Aku ingat lagi k ingat lagi. Masih segar di ingatan :p Rasanya ada lagi lah kot, tapi sampai sini je yang aku boleh cerita. Aku rindu kawan kawan aku. Rindu nak lepak, rindu semua!!! Eh sebelum tu, aku nak letak gambar 6 Orkid 2012 dekat bawah ni. Heee bye :')





find me :p


Nak masukkan gambar Pengakap ke tak ehh? Masuk je lahh :p






Ni lah gambar Pengakap 2012 aku :)
Ehh jap, nak masukkan gambar-gambar kawann aku plak.







MESSA
Tuesday, 13 November 2012 | 06:03 | 0 comments

Hye. Harini aku nak cerita pasal kawan baik aku yg sorang ni. Nama dia Nur Nasya Marissa a.k.a. Messa. Aku jumpa dia 2 tahun yg lalu, 2010. Dia ni baik tau, kalau ada apa2 yg tk kena kan, mesti dia nak cerita dkt aku. Kalau dia nak cerita satu benda tu kan, suara dia kan fuh! Kuat gila dia bercerita. Kalau dah suara nya kuat, mestilah org dengar kan? Org yg dengar pun tk suka sgt dengar apa yg dia cerita sebab dalam satu cerita tu ada pasal crush dia lah kan. Tkpe tkpe, sabar ye Messa, kita kan ada. Pastu dalam satu cerita tu mesti ada #MissYouAsyiqin hahaha k nak perasan 2 saat. Okay lah nak sambung cerita pasal Nasya ni. Dia ni kadang2 gedik jugak haha #JanganMarah. Dia ni gila k-Pop tau. Tambah2 lagi kalau nak cerita pasal Taemin, Top, satu kumpulan SHINee tu. Kadang2 dia cerita apa pun aku tk faham. Eh bukan kadang2 tapi selalu. Dia ni penakut jugak lah. Sampai nak tengok video pun curiga. Ckp ada hantu lah apa lah. Eh Messa kau ni merepek je lah. Video suara org pun nak ckp ada hantu? Mcm mana nk tgk Paranormal Activity ni kalau benda mcm tu pun nak takut? Eh aku ni ckp je org tapi diri sendiri pun sama hehehe. Sekarang ni kan dah start cuti sekolah, aku dah mula rindu kat Messa ni. Tambah2 lagi sekarang ni dia dah ada dekat Langkawi wuu sedihh. Bila tah dia nak onl. Rindu tau. Tktau lah bila aku boleh jumpa lagi dgn Messa ni. Rindu nak bercerita lagi dgn dia, rindu nak dengar cerita dia dgn lawak bodoh dia tu hee. Eh Messa panjang pulak aku cerita pasal kau. Maklumlah, panjang sama mcm setiap cerita yg kau cerita. Okay lah sampai sini je lah aku nak cerita pasal Messa ni. Bye. 



Welcome back!
Saturday, 29 September 2012 | 10:41 | 0 comments


Hye hey hello people. Dah lama kan tk update? Hahaha actually selalu bukak tapi tk update pun. Asyik tukar sana tukar sini jee. Rindu lahh nak updatee {Padahal tktau nak update apa} hahaha okay lahh cerita lain pulak lahh.

I'm free!! Tulah yg nak ckp tu :D Akhirnya, merdeka pun. Lama tunggu tauu wuu T.T Ni nak cerita sikit yg sebenarnya rindu dekat Alwany. Ecehh tk boleh bela jee nama dia dalam setiap post {Padahal baru 2 posts} Haa okay lah tadi ada sekolah. Tapi tk buat apa2 pun. Main jee {Merdeka!!}. Tapi Alwany dgn Aleeya kena semak kertas Mathematics HAHAHA {EVIL LAUGH} . Tadi main dengan Leong, Zulaikha, Shasmeetha, Janaani fuuhhh kecoh gilaa. Mcm nak runtuh je bangunan sekolah tu. Hehehehe. Biasalahh dah terlebih merdekaa. Tapi, kitaorang tkdelah bising mcm....ALWANY!! Hehehe jgn marahh :P




True love never dies, friendship never ends.
Wednesday, 8 February 2012 | 07:29 | 1 comments

True love never dies, friendship never ends. Okayy kitaa nak ckp pasal kawan kita ni . Nak ckp pelik, tak pelik. Takdir kot. Okay si Alwany Izzaty ni, dia pelik tau sebab ktaorang tadika sesame, sekolah sama, dari darjah 1 - 6, kelas sama je. Lepastu kelas tambahan pun sama. Iskh apaa ni ? Hahaha. Okay lah takdir kot . Nak buat mcm mana. Harap-2 ktaorang masuk sekolah yg sama masa form 1 - 5 nanti wkwkwk. Boleh ke ? To Alwany, kamu jgn dengar ckp org yg dah mencarut dekat kita dua orang tu , bila dia tkde kawan, selalu cari ktaorang kann kann ? Menyampah betul la. Bila ada kawan, dia buat kitaa mcm sampah jee . Hish sabar je lah . Kay Alwany? Sampai sini je kitaa nk cerita pasal kamu . Byee ^^


Maddi Jane ♥
Thursday, 8 December 2011 | 20:05 | 0 comments

okayy, maddi jane cute . masa first aku mintat dia pun  kan dgn lagu die IF THIS WAS A MOVIE. Aku kenal die pun masa die nyanyi lagu PRICE TAG dengan IMPOSSIBLE tuuu.  Masa dia nyanyi  lagu PRICE TAG tu okayy lahh tapi takde lah sampai minat diaa . Bilaa dia nyanyi lagu IF THIS WAS A MOVIE dengan lagu SECRETS (One Republic) haha video dia dah la cute suara sedap pulak tuu .